Monday, 9 April 2012

'MIRROR MIRROR'

Assalamualaikum...waaa...da lama x post mngeposs kat block blog ni haa...aku post bila rasa bosan n tertarik, menarik atau ssuatu yang wat aku tulis n tulis...sori..aku taip n menaip...rinie post xda tajuk yg spesifik..ikut kata hati nurani ja nak menulis..xdak idea nak tulis tpi tgn rsa nak menaip (sewel da kot) (-,-!)...xtaw camna nak buat blog ni bg jdi cool (cool = sejuk) nak letak 'aircond' xreti..haishh...klu "cool blog" sdap la jgak..nyummy2....cekelat!!!my fav flavour..(@_@)

bleyh didapati di gerai2 yang berdekatan...n gambar ni not allowed utk sspa yang tgh berpuasa ea...:)
k sambung blik..hari ni hari jumaat...ramai yang da blik...dlu asal cuti aku yang terlebyh excted nak blik...owg x cuti g aku dah amik cuti awal...haha...tpi kini smua nya berubah akibat banyak kekangan masa yang dihadapi...awal nya aku xnak blik tpi room8 aku blik...waaa...takot den nak tinggal sorang2 nan cik nyet2 pa smua...jadi lauk nnty kang...k larh cukup aku merapu...post rini nak cita psal sipnosis....jeng jeng jeng....MIRROR MIRROR.....



MIRROR MIRROR

cantik kan???:)
Watak Snow White yang sungguh ayu ini dibawa oleh pelakon Lily Collins, dan pelakon Armie Hammer yang sebelum ini pernah berlakon di dalam filem The Social Network memegang watak sebagai Prince Alcott. Watak permaisuri yang kejam dan licik pula dibawakan oleh pelakon handalan Hollywood iaitu Julia Roberts. Filem ini dibawah arahan Tarsem Singh

ni larh ibu tiri yang dot dot dot (dya xkejam tpi tersgt2 la kejam :)

Selepas menyingkirkan raja, permaisuri yang licik itu mengambil alih takhta dan menyembunyikan Snow White di menara di istana.Snow White tidak dibenarkan keluar dari bilik, dan rakyat jelata diyakinkan oleh permaisuri tersebut yang Snow White tidak mahu meninggalkan bilik dan tidak boleh memerintah.


Namun setelah sekian lama terkurung di istana, Snow White nekad untuk keluar dari istana dan melawat pekan berhampiran. Keadaan rakyat jelata yang miskin dan kelaparan membuatkan Snow White membuat keputusan untuk menentang permaisuri yang jahat itu supaya nasib rakyat terbela.


Dibantu oleh orang-orang kerdil, Snow White belajar lawan pedang dan mereka menyerang karavan istana untuk merampas semula wang rakyat dan kembalikannya. Snow White yang telah jatuh cinta kepada Putera Alcott pula kecewa kerana putera tersebut telah disihir oleh permaisuri dan mereka akan berkahwin.


 Namun, apakah kesudahan filem ini? Adakah Prince Alcott akan terus berada dibawah sihir permaisuri licik tersebut? Mampukah Snow White melawan permaisuri tersebut dan merampas semula takhta yang sepatutnya menjadi haknya??? Apakah sebenarnya yang terjadi kepada raja?


Jalan cerita yang banyak perubahan menampilkan Snow White yang tidak pengsan kerana memakan epal beracun, tapi menunjukkan satu sisi lain Snow White. Nilai-nilai seorang pemimpin jelas dipamerkan apabila beliau nekad untuk membela nasib rakyat jelata.

Telatah setiap orang kerdil dalam filem ni pun memang kelakar. Aku yang tengok ni duk tergelak-gelak laa bila tonton babak yang melibatkan orang kerdil ni. Memang satu kelainan yang ditampilkan, menyaksikan Snow White berlawan pedang dengan Prince Alcott.

Kalau dalam filem Snow White yang lama dulu, Snow White memaparkan sikapnya yang lemah lembut, tetapi dalam filem yang terbaru ini Snow White menunjukkan ketegasan dalam membuat keputusan yang juga menunjukkan keberanian.


 Jadi jangan lupa tonton filem Mirror Mirror di pawagam berhampiran bagi siapa yang belum tengok tu k...da mcm promosi lak kan...hahah...Cerita ni best dan aku bagi 5 bintang! ( pendapat aku la kan ) Hehee aku sukakan heroin yang tegas dan berani melawan macam ni..bukan heroin yang lemah lembut dan sentiasa ditindas! then putera yang selamatkan dya...bosan bosan!...tpi kali ni puteri yang selamatkan putera,,,klu nak taw adventure, menarik n kelakar nya cita niyh kena la tonton sniri k..daa...(^__^)
kat bwah ni aku nak kongsi video akhir cita ni...best sesgt!!!

p/s : untuk pendengaran vid dengan selesa anda harus ke bwah blog ni n tekan button pause utk lagu dalam blog ni...tq

 konsep terbaru lam cita omputih...hehe

2 comments:

  1. Ina,

    Satu post yang menarik. Penggunaan elemen gambar yang memudahkan penceritaan. Penggunaan video memantapkan lagi post ini. Tahniah.


    a z z w a n

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih en.azzwan...insyaAllah pada msa akan datang saya akan cuba utk menghasilkan post yang menarik lagi...:)

      Delete