hari-2 yang berlalu tanpa sedar kita akan melangkah ke satu tapak yang menuju jauhnya perjalanan hidup.. tanpa sedar kita nie ciptaan yang sebaik2 kejadian..:) gembira derita suka dan duka banyak tertoreh sebagai lukisan hidup..hari demi hari aku menikmati hidup yang kadang berhiaskan kuntuman bunga-2 mewangi kadang terpijak duri yang bersepah..itulah hidup.. aku bersyukur sepanjang hari ini aku masih bernafas dan menikmati hidup..tapi tak terdaya untuk aku duga untuk hari esok.. insyallah ALLAH pinjamkan nikmat itu..:)
Allah berkata
"Allah reda kepada mereka dan mereka pun reda dengan nikmat pemberian-Nya"
surah Al-Bayyinah, ayat 8
Insyallah dengan aturan Allah Esok aku akan pulang ke rumah semoga perjalanan ku selamat dan dilindungi..mugkin
kali nie terakhir sebelum cuti... balik ini aku merancang untuk berkerja sebagai isian
masa.. tapi aku hanya merancang semoga aktiviti aku berjalan :D
time makan tengah hari tadi
ditemani 2 makhluk Allah.. sesungguhnya godaan Syaitan itu kuat..pandang
kanan pandang kiri semua orang rancak berbual dengan pasangan masing-2..
ada yang sedang makan ada yang sedang gelak ketawa mcm-2 reaksi
ternyata mereka bahagia...Ya Allah sesungguhnya hati ku di saat itu ad 1
soalan "kenapa saat ini aku x seperti mereka?" Astafurullahalazim...Wahai hati ku yang lembut biarlah kamu sendiri
sabarlah bila da tiba saatnya kamu juga seperti mereka yang pasti itu
halal buat mu..:)
Ilmu Allah itu luas.. kadang2 tak
terbatas luasnya.. jarang direnung oleh akal dan pikiran
manusia..Biarlah malu menjadi perisai hidupKU...
Pernah
diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat
kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang
selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah
sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka
berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada
orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”
cukup laa renungan diri ini..:)

No comments:
Post a Comment