hyep...rinie tajuk entry aku sepatotnya "aku xtaw nak wat tajuk pa" tpi dsebabkan npak agak kurang menarik dicitu aku cuba cntikkan dgn ayat "coret corot" (ceeh..hbis cantik larh uh) hehe...rinie aku nak kongsi note aku yang da berhabuk...aku tulis time dlu2..sja nak buang seswang yang da kat note uh so aku renew sikit bgi npak cantik...layan la dlu...zaaassss
"Tidak ku impi yang sempurna kerana idup ini saling melengkapi...."
![]() |
| auchak!!! |
------------------------------------------------------
![]() |
| ehem...ehem |
Tidak Ku impi…..
Tidak ku impi kau insan sempurna,
Kerna sedar kau jua sepertiku,
Mengheret gayutan masa-masa lalu,
Akibat kealpaan diri yang dulu,
Tidak ku harap engkau insan agung,
Diarak pujian maha melambung,
Ku akur kau jua sepertiku,
Cuba membaiki seribu satu kelemahan diri,
Natijah nafsu dan syaitan yang mengulit,
Tidakku perlukan serami bangsawan,
Menghambuskan aku dengan kemewahan,
Jauh sekali pangkat dan gelaran,
Yang cuma mulia dibibir manusia,
Tapi kosong di sisi ILAHI,
Mengangkat riya' dan takbur dipinggir hati,
Aduhai bakal suamiku.......
Ku impikan kau seadanya,
Meletakkan Allah dan Rasul sebagai matlamat,
Berusaha sepenuh kudrat,
Membahagiakan aku dan bakal zuriatmu berlandaskan syariat,
Moga redha rahmat ILAHI buatmu, aku dan bakal zuriat kita..
menjadi suratan hakikat…
Amien…
![]() | |
| comel kan...aku lah tuh...nggeeee (prah-santan) |




No comments:
Post a Comment